Assalamualaikum,

Hari ini, aku rasa bagai hendak tertawa sangat. Mengapa? Salah seorang daripada kawan aku sedang mula nampak apa yang aku pernah nampak, rasa apa yang aku rasa....

...tentang kawan.

Nama-nama yang digunakan adalah palsu tetapi maksud nama-nama mempengaruhi identiti individu.

Pada tahun 2015, di bulan Disember, aku telah menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah anjuran Program PERMATApintar. Di situ, aku ditempatkan di kursus Multimedia Kreatif dan aku jumpa seorang rakan iaitu A yang pertama mengiktiraf aku sebagai kawan baiknya. Aku sangat terharu sehingga aku timbulkan rasa sayang dan berharap agar kami berkekalan menjadi kawan baik. Selama ini, aku hanya bertepuk sebelah tangan tentang status kawan baik, membuatkan aku berasa janggal apabila aku bertemu dengan kawan-kawan yang tidak menganggap aku kawan baik itu lalu aku mengundur diri daripada menganggap mereka dan aku adalah kawan baik supaya hati ini tidak berasa sakit.

Aku sudah lama tahu, bahawa ramai yang suka berkawan dengan A. Rasa cemburu itu biasa kerana aku memang tidak selesa jika melihat kawan baik yang aku telah jumpa setelah lamanya mencari, rapat dengan rakan yang lain. Aku akan berasa tidak kekal berada di tempat kawan baik yang aku sedang duduki.

Apabila A diterima masuk ke Kolej PERMATApintar, kami umpama belangkas. Di mana sahaja A berada, pasti di situ ada aku. Begitu juga di mana sahaja aku berada, pasti ada A. Namun, disebabkan sepanjang minggu orientasi aku berbeza kumpulan dengan A, A sering mengajak B untuk menyertai kami ketika makan dan ketika hendak pergi ke Dewan Serbaguna bersama-sama. Dari situ, mulalah rasa tidak selesa aku dan ramai yang mula rapat dengan A membuatkan aku tidak berasa spesial lagi dan rasa terpinggir.

Pada hari itu hari jadi C, rakan sekelasku. Aku pergi ke biliknya untuk memintanya mengajarku Matematik Tambahan. Pada waktu itu, aku terlihat ada beg hadiah diletakkan di hadapan tingkap lak=lu aku pun bertanya, "Weh, siapa bagi tu?". Maka C pun menjawab "Oh, tu A bagi, jangan beri tahu dia ya, yang kau tahu bahawa dia yang bagi,". Pada waktu itu, aku terasa dengan tindakan A memberi hadiah kepada C. Syaitan membisikkan memori di hari jadiku. Pada hari itu, aku mengharapkan sebuah hari jadi yang aku bayangkan sendiri berdasarkan cerita-cerita rakan-rakan aku yang berasal daripada sekolah berasrama penuh yang berpengalaman menyambut hari jadi yang seronok belaka bersama kawan-kawan mereka.

bersambung....
Assalamualaikum, hari ini aku mahu sambung cerita kelmarin.
Waktu itu, mesej tersebut berbunyi lebih kurang ceritanya dengan cerita yang akan aku ringaskan nanti. Maaflah tidak dapat bagi teks yang sebenar kerana aku tidak bawa fon ke kelas. Kerana itulah, memori aku sahajalah yang akan menjadi penggantung ingatanku.
Ceritanya begini, seorang lelaki dan seorang perempuan dijadikan watak oenting dalam kisah ini. Cerita dimulakan dengan suasana melibatkan si perempuan sedang bertanya si lelaki tentang cara menjaga hati. Tersentak dengan soalan itu, terus lelaki itu mengimbau suatu peristiwa yang melibatkan perempuan tadi dan dia di sebuah perhentian bas. Pada waktu itu, tidak dikatakan pun bahawa yang bertanjya itu adalah perempuan yang sama dengan perempuan yang diimbas kembali ini.
Pada waktu itu semasa sedang hujan, lelaki tersebut berteduh di sebuah perhentian bas. Dia perasan ada perempuan. Semasa terpandang wajah permpuan itu, dia terfikirkan cantic betul perempuan yang berteduh bersama-samanya pada ketika itu. Serentak itu dia bersitighfar kerana telah berkata begitu. Sedang dia menunggu hujan dengan senyap dia terdengar suara perempuan yang menunggu bersamanya itu. Lantas, dia memuji suara merdu perempuan yang sedang terkumat-kamit mulutnya sejak dia terpandang kali pertama tadi. Baru kali utu, dia tahu perempuan itu sedang menghafaz mungkin kerana bait-bait yang dikeluarkan daripada mulut perempuan itu adalah ayat-ayat suci Al-Quran dan pada masa itu, dia sedang memegang senaskhah Al-Quran. Tidak mampu berbuat atau mengeluarkan reaksi apa-apa, mereka pun tidak bertemu lagi sejak dariapada pertemuan di bawah perhentian bas itu sehinggalah di suatu masa, di perpustakaan unversiti tempat lelaki itu menuntut. Di perpustakaan itu, lelaki itu terdengar suara perempuan sayup-sayup membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Lalu dia pun mengikut suara tersebut yang membawa dia untuk menemui pemilik suara tersebut iaitu perempuan kelmarin yang sedang duduk di ruangan terpencil yang tidak ramai melalu-lalang. Lalu, timbul niatnya untuk mengorat perempuan tersebut. Dia bertanyakan suatu soalan tetapi perempuan itu mempedulikannya kerana dia tahu bahawa itu bukannya satu soalan yang berkehendakkan jawapan, tetapi hanya peluang.
Suatu hari, perempuan itu mendapati bahawa lelaki itu adalah ahli usrahnya yang baru dia sertai. Sejak dari itu, mereka sering berkomunikasi sesame sendiri di laman social atas dasar ingin bertanya soalan tentang hal-hal keagamaan. Suatu hari, perempuan itu tersedar bahawa dia sudah tersuka dengan lelaki itu, begitu juga dengan lelaki itu. Maka, perempuan itu berundur diri kerana tidak ingin terlibat dengan zina hati dan dia tahu bahawa sesungguhnya perbuatan dia dan lelaki itu adalah perbuatan yang membawa kepada zina. Lalu, bertimbunlah mesej yang masuk daripada lelaki itu tetapi dibiarkan sahaja. Oleh sebab tertanya-tanya, lelaki tersebut menceritakan kisahnya kepada kawannya. Setelah mendengar luahan hati lelaki itu, kawannya pun bertanya sama ada dia yakin bahawa mereka memang bersembang perihal agama sahaja tanpa menggoyangkan hati sesiapa? Kawannya berkata bahawa mungkin bagi lelaki tersebut mereka hanya bersembang perihal agama. Namun, mungkin dalam tidak sedar lelaki tersebut telah menggoyangkan hati perempuan milik perempuan itu. Apabila kawannya bertanya sama ada dia serius atau tidak berhasrat ingin menjadikan perempuan itu sebagai isterinya, lelaki tersebut menjawab bahawa dia memang hendak sangat menjadikan perempuan itu sebagai isterinnya. Lalu, kawannya pun menasihatinya jika berhasrat ingin menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri, lalukan apa yang sepatutnya terus, jangan menunggu. Jika berasa belum tiba masanya lagi, jangan memainkan perasaan perempuan itu dengan bersembang di laman sosial
Pada waktu itu juga, lelaki tersebut tersentak lalu kembali menjawab pertanyaan perempuan tadi. Perempuan yang pernah dia adakan perasaan untuknya. Dia pun menjawab dengan penuh islamik sampai aku pun tidak ingat apa yang dia jawab sebenarnya tetapi kesimpulan mesej ini adalah mengenai ikhtilatlah. Itu sahaja. Aku sentap, aku lanjutkan mesej itu kepada beberapa orang dan mereka mengrespon dengan positif.

Aku hantar kepada kawan lelaki yang paling aku banyak berhubung dan lelaki-lelaki yang aku sudah lama pendam perasaan ingin menegur tetapi tidak mampu. Nama akan dirahsiakan, hehe. Aib kan…
Assalamualaikum,

Hari ini aku rasa sentap sangat. Mengapa? Mari aku ceritakan.

Begini ceritanya, pada suatu hari aku sedang memeriksa mesej-mesej daripada kumpulan yang sangat banyak di 'Whatsapp'. Memang berpulun-pulunlah mesej masuk waktu itu kerana baru sahaja dapat telefon bimbit masing-masing.


'Haih, masing-masing nak cakap. Mentang-mentang baru dapat phone. Menyemak betullah 😪

'Aku skrol ke bawah bermula dari atas yang sentiasa terkemas kini dengan mesej-mesej baru yang masuk.

'Semua aku dah baca. Jadi, sekarang ini tinggal yang ini je' mata aku tertumpu pada beberapa kumpulan 'Whatsapp' lalu jariku pun menekan pada satu kumpulan 'Whatsapp' yang tajuknya pun aku sudah lupa. Agaknya waktu itu, tidak tahu kenapa antara kumpulan-kumpulan 'Whatsapp' yang ada itu yang aku tekan dahulu.

'Uish, banyaknya. Mereka ini sembang apa saja ni? Ada-ada saja masing-masing' Aku skrol ke bawah bermula daripada mesej yang tidak dibaca. 'Banyak juga aku tidak baca lagi. Baru beberapa jam tinggalkan ni. Banyak pula topik yang mereka ni keluarkan.'


Sedang aku menskrol aku terlihat satu mesej sentap ini. Aku pun tertarik untuk luangkan masa aku untuk membaca mesej yang nyatanya sangat panjang kerana mempunyai perkataan ‘read more’ yang menandakan ada lagi sambungannya dan terpulang kepada kita untuk sambung membaca atau tidak.

Aku pun membaca dengan penuh perasaan seperti yang aku lakukan setiap kali aku membaca apa-apa pun sehinggakan aku sering mengambil masa yang lama untuk menghabiskan mesej tersebut.

Setelah aku membaca mesej tersebut, perasaan aku bercampur baur. Apa yang aku rasa? Mesej apa yang mampu membuatkan aku merasa pelbagai perasaan sekaligus pada satu masa? Pada masa itu juga aku melanjutkan mesej tersebut kepada semua kawan-kawan tertentu. Tertentu? Apa yang tertentu itu? Mereka ini adalah kawan-kawan yang aku rasakan perlu tahu akan perkara ini. Mengapa begitu? Siapa mereka ini? Nanti akan aku dedahkan di pos selanjutnya dan akan aku ceritakan sekali segala reaksi mereka terhadap mesej tersebut dan apa tindakan lanjut mereka. Baiklah, itu sahaja. Selamat menunggu!
Assalamualaikum, hari ini aku hendak sambung apa yang aku tergantung daripada menceritakan.

Sebenarnya, aku berhasrat untuk mereka sahaja segala apa yang akan aku poskan di blog ini. Kenapa? Ha... Sebabnya aku mana ingat semua benda yang aku buat setiap hari. Lagi-lagi aku ini bukan jenis yang suka hendak buka blog ini tiap-tiap hari untuk mengemas kini blog dengan pos baharu tentang jurnal aku setiap hari.

Maka, bermula dari hari ini sehingga bila itu aku tidak pasti tetapi mulai sekarang aku akan mereka cerita hidup aku. Aku akan menceritakan kisah hidup aku versi yang telah diubah suai dan tidak mengikut masa kejadian yang tepat kerana aku hanya akan tulis apa yang terlintas di fikiran yanag difikirkan boleh memberi pengajaran kepada pembaca yang sudi singgah di sini. Kalau buat macam ini, bolehlah aku lakukan pembetulan dalam hidup dengan cara yang aku mahukan agar aku tidak mengulangi apa-apa kesilapan yang mungkin akan trrlintas di fikiran dan diceritakan nanti. Maka, marilah kita mula!

Oh! Tambahan info, cerita mungkin akan 100% direka mengikut otak penulis aku ataupun 50% daripada ia adalah berdasarkan pengalaman. Entahlah, apa-apa boleh jadi. Kalau aku melalut, melalutlah jadinya cerita aku.

Di bawah ini, aku akan menceritakan tentang apa yang aku selalu lakukan setiapa pagi. Cuma hendak mencukupkan kuota perkataan iaitu 300 patah perkataan. Sekarang ini, di akhir ayat ini, keseluruhan jurnal sudahpun mencecah 225 patah perkataan. Baiklah, tanpa melengah lagi mari habiskan 64 lagi patah perkataan bersama-sama~

          Baik, di mana kita tadi? Oh, rutin pagi aku. Tidak apa yang menarik sangat pun. Selalunya setiap malam aku akan setkan jam loceng Hello Kitty aku ke pukul 6. Jadi, pagi itu, sama ada aku memang Cuma menunggu masa sahaja sementara aku tidak tidur untuk menutup jam loceng tersebut pada pukul 6, atau aku bangun dan tutup lalu sambung tidur, atau aku bangun dan tutup lalu bersiap untuk solat subuh di DS, atau Omi yang kejut aku untuk bangun dan mandi lalu baru solat subuh, atau kedua-dua antara kami sama-sama mengejar subuh sebelum masuknya waktu syuruk sama ada selepas atau sebelum mandi. Biasanya, aku mandi dalam 20 minit tetapi kalau dah lambat sama ada terpaksa tidak mandi dengan menggosok gigi, mencuci muka dan menukar keseluruhan pakaian ke pakaian yang baharu ataupun aku akan mandi dengan bersabun dan gigi yang bergosok dan muka yang sudahpun suci dicuci. Selepas itu, aku akan sedaya upaya mencari baju kurung atau blaus yang tidak perlu digosok iaitu mempunyai kain jenis yang tidak nampak status ‘tidak digosok’ itu. Okay, itu sahajalah. Bai.
Assalamualaikum, hai

Ada satu pengakuan yang aku ingin nyatakan di sini, di blog bertajuk 'fani' ini yang tidak ada siapa pun berminat untuk jenguk sebenarnya tetapi tidak mengapa, pedulikan...

Aku sebenarnya sangatlah seorang pemalas kalau disuruh untuk membuat jurnal 😎. Sebutlah apa-apa jenis jurnal sekalipun sama ada harian, mingguan atau tahunan, aku memang menyampahlah kalau hendak adakan suatu ruang daripada masa-masa muda aku ini untuk menulis jurnal setiap hari, tahun atau bulan 💩.


Selepas itu, hendak dijadikan cerita pula, cikgu subjek matapelajaran Bahasa Melayu aku ada bagi tugas dekat aku dan rakan sekelas 5K3 untuk menulis jurnal harian 😌💔 dan untuk itu, kami harus membuat satu platform tidak kisahlah sama ada blog, wordpress atau apa sahaja asalkan beliau boleh menjadikan bukti dengan jurnal kami kalau-kalau ibubapa ingin tahu apa yang kami lakukan di KPP 😇.


"Baik semua, cikgu nak kamu semua buat jurnal harian dan upload di blog ke(?), wordpress ke(?), wix pun okay juga" ujar cikgu Mior kepada 5K3

'Haih 😕, buat jurnal ni nak kena buat blog pulak 😪, aku ni dah berapa kali dah buat blog😵. Sekali buat, sekali itu sajalah aku bukak😜. Itupun aku buat sebab nak promosikan bakat daddy buat kuih 🍰🍮🍩🍪😋, yang lain tu pulak acah je lebih' fikirku sebaik sahaja perkataan 'blog' keluar dari Cikgu Mior, cikgu subjek Bahasa Melayu Loistava.


Tapi apakan daya, aku ini cuma pelajar yang amat tidak berkuasa untuk membangkang cara seorang cikgu mendidik anak muridnya 😘. Maka, hendak atau tidak hendak 😌, aku pun taiplah 💅 'b-l-o-g-g-e-r-.-c-o-m' lalu internet sumbangan UKM, UKM-Pelawat, pun melakukan kerja ia. Sebaik sahaja aku daftar masuk ke blogger.com menggunakan akaun gmailku, keluarlah maklumat dan sejarah yang telah tercatat sejak terakhir kali aku menggunakan blogger.com. Aku pun padamlah blog-blog amatur yang aku pernah buat selama ini.

Terasa terhibur pulak aku bila ingat balik waktu zaman darjah 6 dahulu di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak. Pada masa-masa itu, kami semua terasa seperti senior kerana dalam kalangan murid-murid tahap sekolah rendah di situ 👶, kamilah yang *paling tua 👴👵. Sebenarnya tidak ada kena mengena pun topik senior ini dengan apa yang aku hendak ceritakan sekarang ini sebenarnya, tetapi tidak mengapa, kita sambung di lain hari 👰 Oh sebenarnya terlupa nak sebut pasal apa yang aku nak bagitau kat pos ini. Jadi, sambung nanti sahajalah sebab Cikgu Mior cakap sekurang-kurangnya 300 patah perkataan jadi mengapa perlu membazirkan??? 👽

*acah je. sorry waktu tu sumpah tak matang lagi perangai
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.  
Latihan 1

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan berpunca daripada kegiatan manusia yang berburu sesuka hati mereka dan kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar.
Latihan 2  
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.  

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk memberikan manfaat kepada manusia dalam pelbagai aspek malangnya akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut malah menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.  
Latihan 3

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga.  

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang disiarkan oleh RTM dan TV3. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja yang belum bijak menilai sesuatu yang baik dan buruk.
Latihan 4

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.  

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan terutama sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer sekali gus dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer.    
Latihan 5

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam jenis novel kanak-kanak dan dikarang oleh Darulsalam serta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak dan terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari namun nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
Latihan 6

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.  

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejak beberapa tahun yang lalu dan kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan namun dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.  
Latihan 7

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang memperlakukan bumi sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon
Latihan 1:
1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.
2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

Latihan 2:
1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan
2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot.

Latihan 3:
1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.
2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang yang sangat garang.

Latihan 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-
mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.

Latihan 5:
1. Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3. Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.