Layar

by February 08, 2017 0 comments
Pada hari ini, kawan-kawan sekelas dan aku telah dikehendaki untuk melakonkan sebuah drama yang telah diadaptasi daripada sebuah puisi silibus tingkatan 5 bagi subjek Bahasa Inggeris yang ditulis oleh Charles Causley bertajuk ‘What Happened to Lulu?’. Skrip bagi pengadaptasian puisi ini telah ditulis oleh Kishen atas idea sebulat suara kami yang telah dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama ketika waktu subjek Bahasa Inggeris pada minggu lalu.
Pada mulanya, aku agak terkejut, kerana semalam atau hari-hari yang sebelumnya pun kami tidak pernah membuat perjumpaan untuk membuat apa-apa latihan sama ada yang pertama atau latihan terakhir sekalipun. Apa lagi, kalutlah aku tetapi kerana tidak mahu kelihatan tidak profesional di hadapan guru dan kawan-kawan, aku pun buat-buat tenang walaupun senyuman sinis kepada diri sendiri yang tidak suka situasi bidang terjun itu jelas dan tidak disorok pun. Mata aku melilau melihat kawan-kawanku yang kelihatan masing-masing sedang mengukirkan senyuman seolah-olah mengekspresikan ungkapan ‘habislah’ yang tak dapat diungkap secara terang ketika itu.
“Apa tunggu lagi? Dah boleh mula dah, ya.” Saat Madam Norlin akhirnya bersuara selepas melihat kami tercongok berhampiran meja yang telah kami ketepikan bagi membuka ruang di dalam kelas tersebut, kami pun diarahkan untuk memulakan babak pertama seperti yang ada di dalam skrip. Ketika itu, masing-masing memegang telefon pintar masing-masing kerana tidak sempat untuk mencetak skrip drama yang telahpun dihantar oleh Kishen sewaktu kelas persediaan iaitu pada malam semalam. Selama mana drama tersebut tidak menghakhiri babak terakhir, selama itu jugalah kami telah memegang telefon bimbit.
Watak utama iaitu lulu yang dilakonkan oleh Anis pun memulakan babak pertama bersama ibunya, yang dilakonkan oleh Maryam. Mereka berdua melakonkan beberapa babak seterusnya bersama kerana mereka merukan poin terpenting di antara barisan pelakon yang terdiri daripada kalangan kami sendiri. Aku, Annis, Tasnim dan Amar telah melakonkan watak kawan-kawan Lulu. Namun, aku memegang watak kawan Lulu yang muncul dalam satu babak sahaja kerana mengikut skrip, aku telah menolak permintaan Lulu yang meminta tolong kawan-kawannya untuk menolongnya.

Ikuti perjalanan aku di Kolej PERMATApintar menuju SPM.

0 comments:

Post a Comment