Aku teringat pada tarikh 16/01, ramai yang datang ke sekolahku bagi mendaftarkan diri untuk memasuki Kolej PERMATApintar. Pada hari tersebut, aku dan pelajar-pelajar lain sudah membuka hati kami untuk berbesar hati menerima kedatangan pelajar-pelajar baharu. Maka, aku dan beberapa kawan-kawan Loistavaku telah sukarela untuk menjadi urusetia di kaunter pendaftaran bagi menjaga kaunter ‘homeroom’. Presiden Majlis Tertinggi Pelajar, Aidid, telah memberi tugas kepadaku untuk menjaga kaunter pendaftaran bersama ‘homeroom’ bagi kelas 1K6.
Pada pagi itu, ketika aku sampai sahaja di auditorium kolej, aku menyaksikan bahawa ramai yang sedang bersiap sedia dengan aturan laluan sepanjang pendaftaran. Ia bermula dengan kaunter bagi borang akur janji. Di sini merupakan kaunter penting bagi pelajar yang ingin membayar yuran kolej sebanyak RM1488 secara ansuran. Kemudian, pelajar akan mendaftar di kaunter kelas mereka iaitu kaunter bersama ‘homeroom’. Pelajar akan memberi segala dokumen-dokumen penting yang telah mereka dimaklumkan untuk bawa setelah menerima tawaran masuk ke Kolej PERMATApintar Negara. Seterusnya, pelajar dirancangkan untuk ke kaunter uniform sekolah untuk diambil ukuran mereka bagi membuat tempahan. Kaunter tersebut diuruskan sendiri oleh syarikat tukang jahit tersebut. Setelah selesai di kaunter tersebut pelajar akan disuruh untuk meneruskan pergerakan ke kaunter pemberian tali leher kolej. Disusul pula dengan kaunter pendaftaran asrama kolej yang merupakan kaunter bagi mereka menghantar borang kolej kediaman dan mendpatkan kunci bilik kediaman mereka. Selepas kaunter tersebut, kaunter yang paling penting bagi pelajar perempuan pula menyusul iaitu kaunter bagi tawaran suntikan HPV atau vaksin bagi kanser serviks. Akhir sekali, ‘booth’ bergambar mengakhiri laluan pendaftaran pelajar.
Atas sebab-sebab tertentu, aku bertukar tugas dengan rakanku yang bertugas menjaga kaunter bersama ‘homeroom’ bagi kelas 1K5 dan 1K7 untuk bertugas di kaunter kelas 1K7 dan 1K6. Aku bersama ‘homeroom’ kelas 1K5 iaitu Puan Suzaina yang merupakan satu-satunya guru yang meminta pelajar yang bertugas untuk kelasnya iaitu aku, untuk menjadi pembantu sahaja kerana beliau ingin menguruskan sendiri kaunternya dengan bantuanku. Pada waktu itu, kelihatan tertunggu-tunggu ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang baharu tersebut. Walaupun mereka telah diberikan pilihan untuk masuk terus ke dalam dewan auditorium tetapi mereka tetap mahu menunggu dan mengawasi anak mereka yang sabar beratur sepanjang menunggu giliran. Bukannya pendek malah amat panjang barisan mereka oleh sebab bilangan pelajar yang diambil pada tahun ini sangat ramai. Keadaan menjadi sesak namun masih dalam kawalan kami semua yang pada ketika itu sedang memegang amanah yang diberi oleh presiden Majlis Tertinggi Pelajar Kolej PERMATApintar.
Segalanya berjalan dengan lancar walaupun kami berlapar kerana ada antara kami tidak sempat untuk bersarapan di Dewan Makan kerana mengejar ketepatan masa untuk berada di auditorium bagi persediaan. Aku berasa bersyukur kerana mampu terlibat dengan sesi pendaftaran ini kerana berasa berguna kepada kolej.

0 comments:
Post a Comment