Pagi ini cuaca hujan sekejap ☔. Waktu aku tahu bahawa cuaca sedang bagaimana itu, aku sedang relaks 🌴😎🌴 walaupun aku sebenarnya perlu bersiap untuk ke perhimpunan rasmi pukul 8 nanti 💅.
'Alah, kalau hari isnin, pukul 7:45 baru dikira lewat💁. Relaks sajalah dulu👀aku ini sudahlah tidak siap lagi kerja biologi lagi. Walaupun tidak payah hantar hari ini, kau buat sajalah sebanyak yang boleh, boleh bagi anis untuk edit' monologku kepada diriku sendiri sambil kepala-kepala jari sibuk menekan butang 'salin' pada maklumat-maklumat yang penting. Sudah habis menyalin, aku pun bukalah 'Microsoft Word Document' lalu aku pun tekan butang 'tampal' pula kali ini. Maka selesailah 50% daripada bahagian kerja daripada kerja kumpulan untuk subjek biologi. Untunglah adanya laman-laman yang menyediakan maklumat secara percuma kepada insan-insan terdesak maklumat macam aku pada ketika itu😜.
'Baiklah, ada semua yang aku nak dekat sini✨. Senanglah kerja aku🌈' pada waktu itu juga otak aku memproses kembali memori tentang rakan sebilikku, omi, tidak habis-habis mengingatkan aku untuk menyiapkan kerja majalah ini.
“Weh, fani. Kau sudah siap ke kerja biologi yang majalah tu😮?” “Buatlah, fani😕. Kesian Anis. Kalau kau hantar awal nanti dia bolehlah edit supaya boleh hantar yang sudah siap lusa nanti😯” “Fani, kau buat apa tu😦? Dah buat majalah tu?😟” “Weh, kau dah siap belum😓? Buat cepat, nanti emailkan kat anis😐,” itu sahajalah yang keluar dari mulut si Omi itu. Topik yang sama sahaja diulangnya. Lagi-lagi kalua Omi ternampak dengan sendiri apa yang sedang aku layan di komputer ribaku. Apa lagi yang aku mahu layan👻? Mestilah KPop💖😍💘. Itupun waktu-waktu sebegitu selalunya memang aku sedang hendak menyambung kerja biologi tersebut pada awal niatnya, tetapi Omi sering berhubung mata dengan komputer ribaku pada masa yang mampu membuktikan aku melayan KPop.
Aku ini sudahlah sensitif kalau orang tegur kesalahan yang aku tahu aku memang sedang betulkan tetapi tidak zahir lagi di mata si penegur itu. Apa yang aku jawab? “Mana ada aku layan KPop😒. Kalau ya pun, sekejap saja ni, lepas ni aku buatlah😪”dengan mata yang statik memandang komputer riba menahan mua daripada terlalu nyjata dalam kekeliruan sambil-sambil itu dalam hati ini penuh dengan rasa tidak puas hati kerana merasakan bahawa rakan sebilikku itu sedang menyibuk urusanku. Sudahlah salah tafsir perbuatan aku waktu itu, tidak tanya pula kali ini soalan cepumas yang dia selalu sangat tanya itu (‘apa kau buat tu?’). Semalaman itu aku diam sahaja. Satu perkataan pun tidak keluar dari mulut yang bak digam oleh perasaan yang bercampur baur tadi.
Begitulah manusia, tidak berani untuk mengatakan sesuatu di secara berdepan. Tetapi berani pula menanggung dosa mengutuk di hati akibat daripada memendam perasaan negatif yang dibancuh oleh syaitan peminat setia manusia yang sampai ke penamatnya akan cuba untuk mencari peneman di neraka apabila untuk diseksa bersama-sama.
Aku sedar semua itu. Manusia pun sedar semua itu selama ini. Hanya lambat atau cepat sahaja mengikut usaha kita untuk menyedarkan diri sendiri dengan izin Allah. Maka, aku buang jauh-jauh perasaan marah yang dipendam itu tadi lalu menyambung kerja aku itu. Tidur lambat aku dibuatnya.
Sedang aku tekad menyiapkan kerja Biologi itu, terdengar suara Omi berkata padaku,“Fani, jangan tidur lambat tau”. Lihat? Semkua berlaku kerana sebab. Tegurannya adalah berasaskan keprihatinannya yang amat aku hargai yang membuatkan aku membalas “baik” sahaja kerana malu dengan diri.

0 comments:
Post a Comment