Siapa A?

by February 24, 2017 0 comments
Assalamualaikum,

Hari ini, aku rasa bagai hendak tertawa sangat. Mengapa? Salah seorang daripada kawan aku sedang mula nampak apa yang aku pernah nampak, rasa apa yang aku rasa....

...tentang kawan.

Nama-nama yang digunakan adalah palsu tetapi maksud nama-nama mempengaruhi identiti individu.

Pada tahun 2015, di bulan Disember, aku telah menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah anjuran Program PERMATApintar. Di situ, aku ditempatkan di kursus Multimedia Kreatif dan aku jumpa seorang rakan iaitu A yang pertama mengiktiraf aku sebagai kawan baiknya. Aku sangat terharu sehingga aku timbulkan rasa sayang dan berharap agar kami berkekalan menjadi kawan baik. Selama ini, aku hanya bertepuk sebelah tangan tentang status kawan baik, membuatkan aku berasa janggal apabila aku bertemu dengan kawan-kawan yang tidak menganggap aku kawan baik itu lalu aku mengundur diri daripada menganggap mereka dan aku adalah kawan baik supaya hati ini tidak berasa sakit.

Aku sudah lama tahu, bahawa ramai yang suka berkawan dengan A. Rasa cemburu itu biasa kerana aku memang tidak selesa jika melihat kawan baik yang aku telah jumpa setelah lamanya mencari, rapat dengan rakan yang lain. Aku akan berasa tidak kekal berada di tempat kawan baik yang aku sedang duduki.

Apabila A diterima masuk ke Kolej PERMATApintar, kami umpama belangkas. Di mana sahaja A berada, pasti di situ ada aku. Begitu juga di mana sahaja aku berada, pasti ada A. Namun, disebabkan sepanjang minggu orientasi aku berbeza kumpulan dengan A, A sering mengajak B untuk menyertai kami ketika makan dan ketika hendak pergi ke Dewan Serbaguna bersama-sama. Dari situ, mulalah rasa tidak selesa aku dan ramai yang mula rapat dengan A membuatkan aku tidak berasa spesial lagi dan rasa terpinggir.

Pada hari itu hari jadi C, rakan sekelasku. Aku pergi ke biliknya untuk memintanya mengajarku Matematik Tambahan. Pada waktu itu, aku terlihat ada beg hadiah diletakkan di hadapan tingkap lak=lu aku pun bertanya, "Weh, siapa bagi tu?". Maka C pun menjawab "Oh, tu A bagi, jangan beri tahu dia ya, yang kau tahu bahawa dia yang bagi,". Pada waktu itu, aku terasa dengan tindakan A memberi hadiah kepada C. Syaitan membisikkan memori di hari jadiku. Pada hari itu, aku mengharapkan sebuah hari jadi yang aku bayangkan sendiri berdasarkan cerita-cerita rakan-rakan aku yang berasal daripada sekolah berasrama penuh yang berpengalaman menyambut hari jadi yang seronok belaka bersama kawan-kawan mereka.

bersambung....

Ikuti perjalanan aku di Kolej PERMATApintar menuju SPM.

0 comments:

Post a Comment