Sebenarnya...

by February 21, 2017 0 comments
Assalamualaikum, hari ini aku hendak sambung apa yang aku tergantung daripada menceritakan.

Sebenarnya, aku berhasrat untuk mereka sahaja segala apa yang akan aku poskan di blog ini. Kenapa? Ha... Sebabnya aku mana ingat semua benda yang aku buat setiap hari. Lagi-lagi aku ini bukan jenis yang suka hendak buka blog ini tiap-tiap hari untuk mengemas kini blog dengan pos baharu tentang jurnal aku setiap hari.

Maka, bermula dari hari ini sehingga bila itu aku tidak pasti tetapi mulai sekarang aku akan mereka cerita hidup aku. Aku akan menceritakan kisah hidup aku versi yang telah diubah suai dan tidak mengikut masa kejadian yang tepat kerana aku hanya akan tulis apa yang terlintas di fikiran yanag difikirkan boleh memberi pengajaran kepada pembaca yang sudi singgah di sini. Kalau buat macam ini, bolehlah aku lakukan pembetulan dalam hidup dengan cara yang aku mahukan agar aku tidak mengulangi apa-apa kesilapan yang mungkin akan trrlintas di fikiran dan diceritakan nanti. Maka, marilah kita mula!

Oh! Tambahan info, cerita mungkin akan 100% direka mengikut otak penulis aku ataupun 50% daripada ia adalah berdasarkan pengalaman. Entahlah, apa-apa boleh jadi. Kalau aku melalut, melalutlah jadinya cerita aku.

Di bawah ini, aku akan menceritakan tentang apa yang aku selalu lakukan setiapa pagi. Cuma hendak mencukupkan kuota perkataan iaitu 300 patah perkataan. Sekarang ini, di akhir ayat ini, keseluruhan jurnal sudahpun mencecah 225 patah perkataan. Baiklah, tanpa melengah lagi mari habiskan 64 lagi patah perkataan bersama-sama~

          Baik, di mana kita tadi? Oh, rutin pagi aku. Tidak apa yang menarik sangat pun. Selalunya setiap malam aku akan setkan jam loceng Hello Kitty aku ke pukul 6. Jadi, pagi itu, sama ada aku memang Cuma menunggu masa sahaja sementara aku tidak tidur untuk menutup jam loceng tersebut pada pukul 6, atau aku bangun dan tutup lalu sambung tidur, atau aku bangun dan tutup lalu bersiap untuk solat subuh di DS, atau Omi yang kejut aku untuk bangun dan mandi lalu baru solat subuh, atau kedua-dua antara kami sama-sama mengejar subuh sebelum masuknya waktu syuruk sama ada selepas atau sebelum mandi. Biasanya, aku mandi dalam 20 minit tetapi kalau dah lambat sama ada terpaksa tidak mandi dengan menggosok gigi, mencuci muka dan menukar keseluruhan pakaian ke pakaian yang baharu ataupun aku akan mandi dengan bersabun dan gigi yang bergosok dan muka yang sudahpun suci dicuci. Selepas itu, aku akan sedaya upaya mencari baju kurung atau blaus yang tidak perlu digosok iaitu mempunyai kain jenis yang tidak nampak status ‘tidak digosok’ itu. Okay, itu sahajalah. Bai.

Ikuti perjalanan aku di Kolej PERMATApintar menuju SPM.

0 comments:

Post a Comment