Assalamualaikum,
Hari ini aku rasa sentap sangat. Mengapa? Mari aku ceritakan.
Begini ceritanya, pada suatu hari aku sedang memeriksa mesej-mesej daripada kumpulan yang sangat banyak di 'Whatsapp'. Memang berpulun-pulunlah mesej masuk waktu itu kerana baru sahaja dapat telefon bimbit masing-masing.
'Haih, masing-masing nak cakap. Mentang-mentang baru dapat phone. Menyemak betullah πͺ
'Aku skrol ke bawah bermula dari atas yang sentiasa terkemas kini dengan mesej-mesej baru yang masuk.
'Semua aku dah baca. Jadi, sekarang ini tinggal yang ini je' mata aku tertumpu pada beberapa kumpulan 'Whatsapp' lalu jariku pun menekan pada satu kumpulan 'Whatsapp' yang tajuknya pun aku sudah lupa. Agaknya waktu itu, tidak tahu kenapa antara kumpulan-kumpulan 'Whatsapp' yang ada itu yang aku tekan dahulu.
'Uish, banyaknya. Mereka ini sembang apa saja ni? Ada-ada saja masing-masing' Aku skrol ke bawah bermula daripada mesej yang tidak dibaca. 'Banyak juga aku tidak baca lagi. Baru beberapa jam tinggalkan ni. Banyak pula topik yang mereka ni keluarkan.'
Sedang aku menskrol aku terlihat satu mesej sentap ini. Aku pun tertarik untuk luangkan masa aku untuk membaca mesej yang nyatanya sangat panjang kerana mempunyai perkataan ‘read more’ yang menandakan ada lagi sambungannya dan terpulang kepada kita untuk sambung membaca atau tidak.
Aku pun membaca dengan penuh perasaan seperti yang aku lakukan setiap kali aku membaca apa-apa pun sehinggakan aku sering mengambil masa yang lama untuk menghabiskan mesej tersebut.
Setelah aku membaca mesej tersebut, perasaan aku bercampur baur. Apa yang aku rasa? Mesej apa yang mampu membuatkan aku merasa pelbagai perasaan sekaligus pada satu masa? Pada masa itu juga aku melanjutkan mesej tersebut kepada semua kawan-kawan tertentu. Tertentu? Apa yang tertentu itu? Mereka ini adalah kawan-kawan yang aku rasakan perlu tahu akan perkara ini. Mengapa begitu? Siapa mereka ini? Nanti akan aku dedahkan di pos selanjutnya dan akan aku ceritakan sekali segala reaksi mereka terhadap mesej tersebut dan apa tindakan lanjut mereka. Baiklah, itu sahaja. Selamat menunggu!

0 comments:
Post a Comment